Monday, June 9, 2008

MINYAK NAIK LAGI

Aduh... tak sanggup rasenyer bila dengar kerajaan naikkan harga minyak. Bukan sepuluh sen dua tapi terus 78 sen. Tergamak mereka pi buat keputusan macam tu. Apelah salahnyer PETRONAS rugi skit .. Opss bukan rugi.. untung skit..

Ape yang kekadang yang menghairankan bila setiap laporan kata kita terpaksa kerana ni pasaran global. Tapi pernahkan kita dengar KDNK negara merosot ker, Pertonas rugi ker. Tak kan..

Ape gunayer kerajaan mewah tapi rakyat menderita... Bukan ker kerajaan untuk rakyat dan rakyat untuk kerajaan. tapi sekarang ni byknyer Rakyat untuk kerajaan.

Hiduplah Malaysia demi kerajaan.. Melampau.

Sedih dan terharu tengokkan bila dah tak berkuasa pandai lak berkata-kata untuk memakmurkan negara. Tapi bila dalam pemerintahan nyer tak ade buat ape-ape seperti yang dikatakan. Itulah lumrah manusia.. yang lemah...

Hanya Allah SWT yang maha mengetahui..

Tuesday, February 19, 2008

RENUNGAN BERSAMA

BUAT TATAPAN SEMUA

Suatu ketika, Muaz bin Jabar r.a mengadap Rasulullah s.a.w dan bertanya baginda: ' Wahai Rsulullah tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allh SWT': ertinya: 'Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbari-baris. "(Surah al-Naba')

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan airmata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada kuperkara yang amat besar, bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri..." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

Barisan Pertama

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."

Barisan Kedua

Diringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang MAha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."

Barisan Ketiga

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu AllhSWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.'Meraka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. "Merka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasnya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasnya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka yang penuh dengan penyakit sopak dan kusta. Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibubapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas

Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak. maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui tittian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:'Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik, mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya, dan tempat kembali nereka adalah syurga, mendapat keampunan,kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engakau betapa peritnya berpisah denganNya... Wallahu a'lam

Bersabda Rasulullah s.a.w, ertinya: "Sampaikanlah pesananku kepada umatku walaupun dengan sepotong ayat"

Tuesday, February 12, 2008

Takziah buat My Dear Sister.. SYUHADAA

Sesungguhnya sms yang aku terima pada pukul 10.25mlm pada 11.2.2008 amat mengejutkan. Apapun... ketetapan Illahi melebihi segalanya. Semoga Adik Syuhadaa dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

al-fatihah buat abang Syu.. semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Maaf jika posting ini tidak sesuai di sini . Ia hanya sebagai peringatan untuk aku yang mengenalinya buat seketika. Raut mukanya yang amat terseksa dengan penyakit yang dihidapnya tapi cuba tersenyum bila aku menyapa.

Geng Futsal

Suari hari tu, aku pi lah check kesihatan aku. Ialah dah masuk senje ni ade je penyakit. Check punye check.. tahap kolestrol aku tinggi. Ini bukan Cinta Kolestrol ke ape.. ni bebenar2 punye kolestrol. So for the 1st step....Aku nak kuatkan semangat. Untuk sihat mesti rajin bersukan dan jaga pemakanan. Harap leh bertahan lama. Bab sukan ok lagi kot tapi bab makan ni yang payah. Nak control xmakan nasi .. payah tu. Makan oats tak lalu gak...




So ade la kawan aku sorang ajak main futsal.... aku pun pi lah...


Ni lah geng futsal aku.. kuit-muitkan... Harap2 leh jadi mcm diaorang ...Hehehehe

Diorang ni student lagi. Sporting betul diaorang ni.
Tak kenal tapi mesra.
Good Luck to all of U for your coming exam.

Thursday, January 31, 2008

Februari muncul kembali...

Mengambit kenangan lalu..


Kenangan semasa zaman muda


Yang Indah






Sekarang ni lain.. mase muda lain lah. Bulan ni aku sibuk skit.. aku kena pastikan semua yang aku plan berjalan dengan lancar. Tidak ade sebarang malaun yang dapat menghalang kerje aku.


Jika aku terlah bertindak gitu, aku pastikan dia pun tahu cara kerje aku macam tu.




You want war.. you get it man. Dah lama sangat aku sabar sampai naik saiko dah.




Opsss... tutup kes.. macam kes Lingam.. ingat rempah ratus Lingam jer tapi ni Lawyer2 yang menipu fakta. Piiii rah aku tak masuk campur.

Yang pasti.. diorang ni macam ular ni.






Monday, January 28, 2008

Hari yang sungguh teruja.

Suatu hari yang hening tu aku rase sangat-sangat nak jumpa boss aku pasal bayak sangat perkara tertunggak nak tanya. Contact h/pone ...msge jawab, bagi msg pone tak jawab, then magi sms pun sepi.. tutup.. kelibat dia kelihatan. Aku pun kerje ler bagai nak rak so that aku dapat bagi tahu hajat aku ni.



Arghhhhh.. baru cakap sat.. dia habaq ade hal lain.. aku ni dah bagai punggok rindukan bulan dok tunggu dia. Boss aku ni suka sgt aku kejar dia bagai bintang filem...



Terujaaaaaa aku ...

Note: Actaully dah taip ni lama dah.. ingat dah post.. rupa2nyer lum

So post jer lah

Sunday, January 20, 2008

Wow.... it's great to be BACK !!!!!











Yeah.. after a long break.. now I'm back. Back to learn to use blog. Azam baru tahun 2008.. try to use blog as another mode of releasing tension as well as to communite with my friend.










Tau lah... dah tua baru nak belajar. .










Even I know only me will read my coretan. Harap jangan sampai ke pengetahuan org tertentu dah ler... Lepas ni aku nak buat yg baru lak..










Hari ni mood ok.. Tapi x payah ler cite yang dah lepas..










By the way.. nasib baik ade anak-anak mengubat tension aku ( ehh yer ker....) Gambar ni di ambil mase anak- anak aku tengah sibuk bersiap nak ke sekolah.